Stokis Oximel Katabolik

Wednesday, 17 January 2018

Profil Baytul Hikma



Produk Oximel Katabolik adalah dikeluarkan oleh Baytul Hikma yang diasaskan secara rasminya 2014 oleh saudara Naseer Sobree.

Namun proses pengkajian dan juga pembinaan dasar-dasar Baytul Hikma telah pun bermula sejak tahun 2010 di Mesir dan berjaya menerbitkan buku Risalah Ilmu Perubatan pada tahun 2012.

Karya tersebut telah menjadi pencetus bagi perkembangan Baytul Hikma dalam bidang penulisan, penterjemahan dan penerbitan.

Karya-karya yang diterbitkan oleh Baytul Hikma dijadikan sebagai teks rujukan dalam pengajian beberapa bidang terutamanya ilmu mantik dan perubatan.

Ilmu-ilmu perubatan yang dikaji bukan hanya dalam bentuk teori dan penulisan, bahkan direalisasikan melalui proses penghasilan formula-formula yang dirumus khaas untuk tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit.

Perkembangan Baytul Hikma tidak terhenti sekadar dalam bidang penerbitan,pendidikan dan perubatan. Baytul Hikma juga sentiasa merancang dan menyusun agar dapat menjadi sebuah institusi ilmu dan amal yang berwibawa, Insya-Allah.


MISI DAN VISI BAYTUL HIKMA 

MISI

"MEMBANGUNKAN SEBUAH INSTITUSI ILMU DAN AMAL YANG BERWIBAWA"

VISI

Melakukan kajian ilmiah terhadap tradisi ilmu-ilmu klasik dan penemuan-penemuan moden.

Menyebarkan ilmu-ilmu yang dikaji kepada masyarakat melalui model pendidikan sistematik dan holistik.

Menghasilkan inovasi baharu dalam pelbagai bidang berdasarkan ilmu dan kajian yang dilakukan